Skandal bola sepak Malaysia 1994

Skandal rasuah bola sepak Malaysia 1994 ialah skandal sukan di Malaysia yang mana arena bola sepak tanah air telah dikejutkan dengan kes rasuah pada 1994.[1] Ramai peminat bola sepak menyalahkan skandal tersebut sebagai pemangkin kepada kejatuhan bola sepak Malaysia.[2][3]Pada masa itu, terdapat lebih daripada 100 pemain dan jurulatih yang disyaki mengatur keputusan perlawanan dalam kejohanan bola sepak tempatan Piala Malaysia dan Liga Perdana telah ditahan oleh pihak berkuasa dan disoal siasat. Akibatnya, 58 daripada mereka telah digantung selama setahun sehingga 4 tahun oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Sejumlah 21 pemain dan jurulatih telah dipecat sementara pemain lain telah digugurkan seumur hidup dan tidak dibenarkan bertanding dalam sebarang pertandingan bola sepak oleh FAM.[4]Pada tahun 2016, 22 tahun selepas skandal itu, 84 pemain yang digantung telah diberi pengampunan oleh FAM.[5][6]

Rujukan

WikiPedia: Skandal bola sepak Malaysia 1994 http://kejor-yob-kejor.blogspot.com/2008/12/pembun... https://www.economist.com/international/2015/06/04... https://www.malaysiakini.com/sukan/340922 https://cilisos.my/the-1994-scandal-that-destroyed... https://www.thestar.com.my/sport/football/2016/05/... https://soscili.my/sejarah-bolasepak-malaysia/ https://web.archive.org/web/20180604042503/https:/... https://web.archive.org/web/20180604044156/https:/... https://web.archive.org/web/20190905035106/https:/... https://web.archive.org/web/20200620163955/https:/...